Politik

Kekangan kewangan tidak bantutkan semangat PN tawan Selangor

SHAH ALAM – Kekangan sumber kewangan sama sekali tidak membantutkan semangat Perikatan Nasional (PN) Selangor dalam saingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, kekangan itu memang menjadi cabaran besar buat kesemua 56 calonnya yang bertanding, bagaimanapun ia tidak akan mematahkan semangat mereka meneruskan perjuangan dalam misi merampas negeri Selangor.

“Memang kewangan menjadi kekangan besar, akaun Bersatu dibeku oleh kerajaan entah berapa lama.

“Sepatutnya kalau parti politik nak siasat lama pun… selepas siasat bagilah peluang mereka menguruskan duit mereka.

“Kita dalam bajet yang terhad, Pas antara parti tidak banyak duit tapi kita percaya bukan duit menjadi keutamaan, mana kewangan yang ada kita gerakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sesi memperkenalkan latar belakang calon PN negeri di Bilik Gerakan Utama PN Selangor di Emira Residen & Urban Retail di Seksyen 13, di sini hari.

Antara yang hadir termasuk Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Selangor, Datuk Azman Yaakob; Setiausaha Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Chong Hak Beang dan juga beberapa calon DUN.

Beliau berkata, selain menggunakan duit calon sendiri, PN juga turut mendapat sokongan rakyat.

“Calon gunakan dana sendiri biar rakyat Selangor tahu, kita bertanding atas kewangan sendiri lawan parti yang menggunakan segala banyak kemudahan dan kepentingan,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button