PolitikBerita Semasa

PRK Kuala Kubu Bharu: Sokongan diberikan kepada Kerajaan Perpaduan meningkat – MB Selangor

KUALA KUBU BHARU – Keputusan rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, wakil PH, Pang Sock Tao telah dipilih warga KKB sebagai wakil rakyat dengan majoriti 3,869 undi.

“Warga Kuala Kubu Bharu telah membuat pilihan untuk meneruskan kemajuan di kawasan ini dan di Negeri Selangor dengan memilih Kerajaan Perpaduan Selangor, sekaligus mengangkat Pang Sock Tao sebagai wakil rakyat baharu bagi N.06 Kuala Kubu Baharu.

“Melihat kepada keputusan di peringkat lokaliti, sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Perpaduan meningkat secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Keputusan rasmi PRK DUN Kuala Kubu Bharu kali ini menyaksikan PH meraih 14,000 undi, Perikatan Nasional (PN) 10,131 undi; Bebas (188) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) 152 undi.

Sejumlah 24,475 orang pengundi hadir termasuk pengundi awal dalam PRK berkenaan.

PRK ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH Pang Sock Tao, Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas).

PRK tersebut diadakan susulan kematian penyandang kerusi, Lee Kee Hiong akibat barah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu, pada 21 Mac lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button