Berita SemasaPM X

[VIDEO] Penstrukturan semula dilaksanakan bagi keluarkan Malaysia dari kitaran ekonomi berbahaya – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu melaksanakan penstrukturan ekonomi bagi mengelakkan terus terperangkap dalam kitaran yang berbahaya iaitu kos tinggi, gaji rendah, keuntungan rendah dan kurang nilai daya saing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, akibat peningkatan pendapatan yang tidak sepadan dengan lonjakan ekonomi, separuh isi rumah terbawah terbeban dengan hutang.

@malaysiatribune

Ekonomi Madani : Semua kementerian bantu pemacuan Ekonomi Madani #malaysiatribune #ekonomimadani #zahidhamidi #anwaribrahim #malaysiamadani

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan turut menghadapi dilema yang sama dengan faedah pertumbuhan perlu diagih secara seimbang dan gaji atau upah rakyat mesti setimpal dengan hasil kerja mereka.

“Purata gaji dan upah tenaga kerja masih rendah yakni sekitar 35 peratus.

“Seperti sering saya singgung, defisit belanjawan berterusan sejak 1998 dengan angka hutang dijangka mencecah lebih 60 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023 akan memberi kesan yang parah kepada ekonomi negara,” kata Anwar ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar seterusnya berjata, ketika ini Malaysia turut terbeban dengan hutang yang membengkak menyebabkan 16 peratus hasil negara terpaksa diperuntukkan hanya untuk melunaskan hutang.

“Gejala ini dikhuatiri akan mengekang keupayaan kita menumpu kepada pembangunan yang akan menjamin keselesaan rakyat termasuk pelaburan awam serta penjanaan kebolehupayaan ekonomi,” katanya lagi.

Justeru, jelas Anwar, kerangka dasar baharu Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat yang dibentangkan hari ini, menggariskan tujuh penanda aras bagi menstrukturkan semula ekonomi Malaysia, dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Show More

Related Articles

Back to top button