Berita Semasa

Salahuddin Ayub berada dalam keadaan stabil, dipantau doktor – Dr Zaliha

ALOR SETAR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub kini berada dalam keadaan stabil dan dipantau rapi oleh pasukan pakar perubatan selepas selamat menjalani pembedahan di bahagian kepala semalam.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa yang melawatnya sebentar tadi.

“Saya baru kembali dari menziarahi sahabat saya dan bertemu dengan isteri serta ahli keluarga beliau di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa.

“Buat masa ini beliau berada dalam keadaan stabil dan dipantau rapi oleh pasukan pakar perubatan,” katanya dalam satu ciapan menerusi Twitter.

Dalam pada itu Dr zakliha juga mengajak orang ramai berdoa kepada Allah SWT semoga beliau kembali sembuh dan segala urusan dipermudahkan.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menghormati privasi keluarga dan mendapatkan berita hanya daripada sumber yang sahih.

Show More

Related Articles

Back to top button