Politik

‘Politik bukan bahan lawak’ – Ahmad Zahid

Sanusi perlu taubat nasuha

PUTRAJAYA – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, dinasihatkan supaya tidak menjadikan medan politik sebagai ‘gelanggang melawak’ kerana tindakan sedemikian boleh memakan diri sendiri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata politik bukan bahan lawak atau gurauan dan beliau tidak perlu berbahas dengan individu tidak bijaksana dalam mentafsir fakta dan auta.

“Politik ini bukan bahan lawak, bukan bahan untuk bergurau, fakta adalah fakta.

“Bagaimana Perikatan Nasional (PN) dititah mengadap (Yang di-Pertuan Agong), begitu juga Pakatan Harapan (PH) dititah mengadap.

“Kalau itu satu tuduhan oleh seorang yang mengetuai kerajaan negeri dan pegangannya adalah Islam, saya harap taubat nasuha diutamakan oleh beliau supaya tidak semua perkara dijadikan bahan kempen yang akhirnya merosakkan diri sendiri,” kata Ahmad Zahid dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyatan Muhammad Sanusi yang dikatakan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya memandai-mandai dan menggunakan titah Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Dakwaan itu dipercayai dibuat ketika beliau muncul berceramah di program Jelajah Selangor, malam kelmarin.

Dalam ceramah itujuga, Muhammad Sanusi yang juga juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, dikatakan turut menghina Sultan Selangor atas pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, selain beberapa serangan peribadi terhadap menteri dalam Kerajaan Perpaduan.

Show More

Related Articles

Back to top button