Berita Semasa

Kepala air: Mangsa lemas disahkan ibu dan anak

KEMAMAN – Identiti dua mangsa yang ditemukan lemas dalam tragedi kepala air di Kampung Air Puteh, di sini disahkan sebagai ibu dan anak lelakinya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa dikenali sebagai Azizah Eiyi, 40, dan anak lelakinya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 tahun.

“Identiti kedua-dua mangsa dikenal pasti selepas pengecaman yang dilakukan keluarga mangsa di Bilik Forensik Hospital Kemaman, malam ini,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Mayat Azizah ditemui terapung oleh orang ramai jam 12.45 tengah hari dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer dari tempat kejadian.

Sementara mayat Muhammad Zulqarnain ditemui pada jam 5 petang tersangkut pada dahan pokok kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Show More

Related Articles

Back to top button