Sukan

Ahli bina badan terkenal meninggal dunia pada usia muda

KUALA LUMPUR – Seorang ahli bina badan terkenal, Jo Lindner meninggal dunia pada usia 30 tahun selepas mengadu sakit leher pada Sabtu.

Teman wanitanya, yang dikenali sebagai Nicha, dalam satu hantaran di Instagram miliknya berkata, punca kematian Lindner adalah disebabkan aneurisme.

Nicha dan teman lelakinya itu sering berkongsi ‘content’ mengenai sukan bina badan dan kehidupannya di Thailand

Menurut Nicha, kematian Lindner berlaku dengan pantas dan secara tiba-tiba.

“Semalam dia meninggal dunia akibat aneurism. Saya bersamanya di dalam bilik, dia memakai rantai saya yang dibuatnya untuk saya.

“Kami sedang berbaring sementara menunggu untuk berjumpa Noel (rakan) di gimnasium pada jam 4 petang. Kejadian berlaku dengan pantas.

“Sejak tiga hari lalu dia mengadu sakit pada leher. Kami tidak menyedari apa-apa sehingga sudah terlambat,” katanya dalam hantaran tersebut.

Lindner yang mempunyai lebih 9 juta pengikut di Instagram sebelum ini mengakui menggunakan steroid sehingga mengakibatkan gynecomastia iaitu satu bentuk gangguan hormon pada tubuh seorang lelaki sehingga menyebabkan dadanya terlalu membonjol sehingga kelihatan seperti payudara wanita.

Dalam pada itu, berdasarkan  penjelasan di portal Hello Doktor, aneurisme otak (serebral) adalah kawasan yang membengkak dan lemah di dinding arteri yang membekalkan darah ke otak.

“Dalam kebanyakan kes, aneurisme otak tidak menyebabkan simptom dan tidak disedari. Dalam kes yang jarang berlaku, aneurisme otak pecah, seterusnya melepaskan darah ke tengkorak dan mengakibatkan strok.

“Apabila aneurisme otak pecah, hasilnya dipanggil pendarahan subaraknoid. Bergantung pada tahap keterukan pendarahan, kerosakan otak atau kematian mungkin berlaku.

“Lokasi yang paling biasa bagi aneurisme otak adalah dalam rangkaian saluran darah di pangkal otak yang dipanggil bulatan Willis.

“Kira-kira 1.5 hingga 5 peratus daripada populasi umum mempunyai atau akan mengalami aneurisme otak. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risikonya,” jelas portal itu.

Show More

Related Articles

Back to top button