Jenayah & Mahkamah

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan PRU15, Hadi Awang kekal Ahli Parlimen Marang

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatal dan menolak petisyen yang mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Marang.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hassan Abdul Ghani, yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya, membuat keputusan itu selepas mendapati pempestiyen yang juga calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

Menerusi keputusan itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang, kekal sebagai ahli Parlimen Marang.

Berikutan keputusan penolakan itu, Hassan mengarahkan pempestiyen membayar kos RM50,000 kepada pihak responden.

Dalam penghakiman itu, Hassan memaklumkan mahkamah menolak petisyen tersebut setelah mendapati bukti yang dikemukakan pihak pempetisyen sebelum ini gagal membuktikan keraguan munasabah.

Pada prosiding itu, Jasmira diwakili Datuk Mohd. Hafarizam Harun manakala Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang diwakili Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Abdul Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 12 Februari lalu menolak bantahan awal yang dikemukakan Abdul Hadi untuk membatalkan petisyen keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang yang difailkan calon BN.

Hassan kemudian menetapkan 6 hingga 21 Mac sebagai tarikh perbicaraan penuh bagi petisyen berkenaan.

Show More

Related Articles

Back to top button