Jenayah & Mahkamah

Pekerja kedai serbaneka cedera setelah tegur pelanggan tidak buat pembayaran

SEMENYIH – Hanya kerana menegur seorang lelaki yang didakwa mencuri payung, seorang pekerja sebuah kedai serbaneka di sini cedera di muka akibat dipukul dalam kejadian pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi itu, suspek bersama rakannya pada mulanya datang untuk membeli minuman.

“Suspek kemudian bertindak mengambil tiga batang payung dan keluar dari premis tanpa membuat sebarang bayaran.

“Mangsa yang bekerja di kedai serbaneka terbabit kemudian menegur perbuatan suspek sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka,” kata Mohd. Zaid dalam satu kenyataan, hari ini

Beliau menambah, suspek kemudian kembali ke kedai serbaneka terbabit dan bertindak menumbuk muka mangsa yang berumur 18 tahun itu.

“Suspek kemudian beredar dari lokasi kejadian dan meninggalkan mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di muka mendapatkan rawatan di hospital sebelum tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang membuka siasatan berikutan kejadian terbabit dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Show More

Related Articles

Back to top button