Berita Semasa

Sebanyak 10,109 calon SPM dapat semua A

PUTRAJAYA – Sebanyak 10,109 atau 2.7 peratus daripada 373,974 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 berjaya memperoleh keputusan semua A.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, seramai 75,322 calon atau 20.1 peratus pula memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian.

Beliau berkata, bagi calon mendapat keputusan lulus, ia membabitkan seramai 128,193 atau 34.3 peratus, manakala 126,793 calon atau 33.9 peratus pula sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran.

“Daripada jumlah calon yang menduduki peperiksaan itu juga, seramai 32,118 bersamaan 8.6 peratus memperoleh keputusan kombinasi gred dan 0.4 peratus atau 1,439 calon memperoleh keputusan semua gagal,” katanya dalam sidang media pengumuman keputusan SPM 2022, di sini hari ini.

Seramai 403,637 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM 2022 pada 20 Februari hingga 15 Mac lalui, membabitkan 3,355 pusat peperiksaan seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau berkata, Prestasi Gred Purata Nasional (GPN) SPM 2022 menunjukan penurunan, iaitu 4.74 berbanding 4.86 bagi SPM 2021.

Show More

Related Articles

Back to top button