Berita Semasa

Emraz janji bayar semula duit pelanggan

BANGI – Syarikat pelancongan EMRAZ Travel & Tour Sdn. Bhd. (Emraz) memberi jaminan akan memulangkan semula wang kepada pelanggan pakej umrah yang tertangguh sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zulkarnain Endut berkata, pembayaran semula wang yang telah didahulukan oleh pelanggan itu akan dilakukan secara berperingkat untuk membersihkan semula nama syarikatnya susulan ‘kememulut’ yang berlaku baru-baru ini.

Bagaimanapun, Zulkarnain meminta pelanggan terlibat bersabar dan memberikan sedikit masa untuk pihaknya menguruskan pemasalah dan pembayaran tersebut.

“Emraz komited memastikan mereka yang terlibat mendapat semula wang mereka sebagai menghormati kepercayaan mereka (pelanggan) terhadap perkhidmatan kami.

“Saya juga memohon agar individu yang berkenaan merujuk sebarang pertanyaan dan mendapatkan kemas kini semasa dengan pihak syarikat,’’ katanya menerusi kenyataan,hari ini.

Nama syarikat pelancongan itu baru-baru ini ‘panas’ selepas ratusan pelanggan menyerbu pejabat pengurusan syarikat itu di Ayer 8, Putrajaya untuk menuntut semula wang pembayaran selepas penerbangan mereka ditangguh.

Sebahagian besar daripada mereka mendakwa Emraz dengan sengaja tidak mahu memulangkan wang yang telah dibayar dengan pelbagai alasan termasuk kenaikan harga penginapan hotel, sewa kapal terbang dan banyak lagi.

Sementara itu, Zulkarnain pada masa sama menafikan dakwaana Emraz akan menutup operasinya seperti mana tular di media sosial.

“Pihak syarikat bertindak menghantar semula jemaah ke Tanah Suci sebagai langkah memulihkan semula perkhidmatan dan mengembalikan kepercayaan pelanggan selepas berdepan dengan isu beberapa bulan lalu,” katanya.

Katanya, pada 15 hingga 19 Mei lalu, Emraz telah membuat dua penerbangan pemulihan bagi menilai sendiri kos pengurusan jemaah dapat dilakukan dengan jumlah operasi yang lebih kecil berbanding sebelum ini.

Katanya, seramai 82 jemaah telah diterbangkan dalam dua trip yang dilaksanakan itu dan diharap pemulihan operasi dapat dilaksanakan selepas musim umrah yang akan dibuka selepas musim haji.

Show More

Related Articles

Back to top button