Politik

Kepimpinan negeri diberi mandat pilih calon PRN – Anwar

KUALA LUMPUR – Kepimpinan negeri diberi mandat untuk memilih calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Nama calon yang sudah dipilih, kemudiannya perlu dikemukakan kepada kepimpinan pusat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kepimpinan Kerajaan Perpaduan menerima siapa sahaja yang dicalonkan sama ada dari UMNO mahupun Pakatan Harapan dan ia bukan isu yang boleh dipertikai.

“Ia diterima macam negeri dipimpin UMNO, kita terima beberapa negeri lain dipimpin komponen PH.

“Kita terima, saya ingat itu bukan isu dipertikai, tapi saya serah kepada kebijaksanaan pimpinan di negeri harus mulakan secara Lebih kemas dan kemuka kepada pimpinan pusat,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam sidang akhbar sejurus mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan, di Menara Datuk Onn, di sini malam tadi.

Dalam pada itu Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, tiada gambaran mahupun istilah mewajahi sesiapa di dalam Kerajaan Perpaduan namun, berkenaan pembahagian kerusi ia akan diputuskan dalam masa terdekat.

Untuk rekod, enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Selangor akan mengadakan PRN tidak lama lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button