Berita SemasaSukan

Malaysia tamatkan penantian 41 tahun, juarai Piala Merlion 2023

SINGAPURA – Pasukan Bawah 22 tahun (B-22) negara berjaya mencipta sejarah dengan menjuarai Piala Merlion 2023 selepas menundukkan Hong Kong 2-1 pada aksi final di Stadium Jalan Besar, Singapura, sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, pasukan Malaysia terpaksa menunggu lama untuk berada di depan melalui aringan pemain simpanan Najmudian Akmal pada minit ke-74.

Malaysia kemudian menambah satu lagi jaringan lima minit kemudian menerusi Safwan Mazlan pada minit ke-79.

Bagaimanapun, skuad negara memberikan ruang untuk Kemboja bernafas selepas kesilapan Rahadiazli Rahalim yang gagal menendang bola pada minit ke-80 berjaya ‘dicuri’ penyerang Hong Kong, Lau Ka Lku bagi mengurangkan defisit kepada 2-1.

Malaysia kemudian terus bertahan hingga minit terakhir perlawanan meskipun diasak hebat oleh Hong Kong.

Untuk rekod piala tersebut diperkenalkan pada 1982.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button