Berita Semasa

JPS nafi gelombang ketiga banjir bakal landa Batu Pahat

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Batu Pahat menafikan dakwaan daerah itu akan berhadapan dengan gelombang ketiga banjir susulan pengepaman air empangan keluar untuk menjaga kestabilan struktur empangan.

“JPS Batu Pahat menafikan dakwaan melalui satu rakaman nota suara yang memaklumkan kejadian banjir akan mengalami gelombang ketiga susulan pengepaman air empangan keluar untuk menjaga kestabilan struktur empangan.

“Pelepasan air empangan dilakukan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pelepasan air empangan dan tiada pengepaman air menggunakan pam besar seperti ditularkan dalam rakaman nota suara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, JPS Batu Pahat juga menggesa orang ramai untuk merujuk laman web publicinfobanjir.water.gov.my untuk keadaan terkini aras sungai di daerah Batu Pahat.

Show More

Related Articles

Back to top button