Berita Semasa

Program Harmoni mampu jamin keharmonian, perpaduan negara

KUCHING – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Program Harmoni bersempena sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia mampu menjamin keharmonian dan perpaduan rakyat.

Beliau berkata, program tersebut merupakan salah satu inisiatif kementerian di bawah Program Kembara Perpaduan sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2023.

“Selari dengan agenda membangun Malaysia MADANI, program seumpama ini adalah salah satu ikhtiar dalam menjamin keharmonian dan perpaduan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Program Harmonibersempena sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia bertempat di Dewan Undangan Negeri, Sarawak.

Dalam pada itu beliau berharap agar program kerjasama strategik antarae kementerian khususnya penglibatan NGO pelbagai kaum dan agama dapat diperluas.

Katanya, ini memandangkan program seperti ini dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti setempat.

Show More

Related Articles

Back to top button