Berita SemasaPM X

Duti eksais akan dikenakan ke atas produk cecair, gel bernikotin

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun penjualan vape bernikotin masih tidak sah di sisi undang-undang, namun penjualannya berleluasa dan dianggarkan bernilai lebih 2 bilion ringgit.

“Alangkah baik sekiranya ia dikawal selia dan dikenakan cukai supaya tidak menggalakkan
penggunaan vape,” kata Anwar.

Beliau pada masa yang sama turut menyatakan komitemen kerajaan menyokong ikhtiar Generational Endgame (GEG) dan bersetuju bahawa separuh daripada hasil duti eksais tersebut akan diperuntukkan semula kepada Kementerian Kesihatan sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.

Anwar berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button