Berita Semasa

Selepas makanan, kini MiiM tawar Smart Digital Pewarisan RAHMAH pertama di Malaysia

CYBERJAYA – Inisiatif RAHMAH yang diperkenalkan kerajaan kini semakin berkembang apabila sebuah syarikat penyedia perkhidmatan digital pewarisan hibah di Malaysia di dalam industri pewarisan harta umat islam, Mawarith Integrated Sdn Bhd (Mawarith Integrated) turut menyahut seruan itu dengan menawarkan khidmat perwarisan harta umat Islam dengan tawaran istimewa.

Menurut Pengarah Komersial Mawarith Integrated, Abdul Hadi Pilus, lebih istimewa apabila pihaknya menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma untuk semua jenis dokumen pewarisan dan dokumen hibah aset kepada pelanggannya.

“Menerusi platform perwarisan MiiM, kami menawarkan satu pelan yang dinamakan Smart Document Perwarisan RAHMAH (SDPR) bagi memberikan peluang lebih banyak kepada umat Islam yang mahu merancang menghibahkan aset mereka kepada orang tersayang.

“Pelan ini yang ditawarkan secara percuma dengan syarat dan terma ditetapkan bertujuan menyahut seruan kerajaan dengan menawarkan sesuatu yang penting didalam persediaan merancang pewarisan dan memenuhi keperluan syariah dan keperluan perundangan di Malaysia,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, lebih istimewa apabila perkhidmatan yang ditawarkan itu akan menggunakan teknologi ‘blockchain’ yang dapat memastikan ketulenan dan keabsahan dokumen tersebut di samping menjamin keselamatkan dan kerahsiaan maklumat pelanggan.

Beliau berkata, lebih penting adalah teknologi ini telah diiktiraf seluruh dunia.

Sehubungan itu katanya, pelanggan yang berminat untuk mendaftar pelan ini boleh layari www.miim.my atau berhubung dengan Mumathil atau wakil MiiM di seluruh negara.

“Pelan RAHMAH (SDPR) ini ditawarkan sehingga bulan Syawal atau Hari Raya Aidilfitri ini, jadi kepada umat Islam khususnya marilah beramai-ramai mendaftar dengan pelan ini kerana kita mahu mendidik umat Islam tentang pentingnya merancang pewarisan dengan kaedah hibah aset atau perwarisan aset.

“Pentadbiran pusaka menjadi proses wajib untuk semua rakyat tidak kira bangsa, agama atau kedudukannya dalam masyarakat.

“Dokumen pewarisan sangat penting untuk tujuan rujukan waris-waris setelah kematian pemilik jika berlaku sebarang konflik pada masa akan datang. Disinilah pihak MiiM melihat pentingnya kami menawarkan dokumentasi pewarisan secara PERCUMA kepada pelanggan. Dengan tawaran ini, kami dapat memberikan sumbangan secara langsung kepada masyarakat.

“Seperti yang kita sedia maklum sejak akhir-akhir ini, masyarakat dihidangkan dengan pelbagai kisah mengenai perebutan harta yang berlaku dalam kalangan keluarga selebriti, kita tidak mahu kisah sebegini hanya singggah di ‘wall’ media sosial tanpa diambil pengajaran. Menerusi pelan RAHMAH (SDPR) yang ditawarkan MiiM ini diharapkan lebih ramai yang prihatin dengan isu perwarisan dan merebut peluang ini,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button