Berita SemasaPM X

71 peratus pencarum KWSP berisiko jadi golongan miskin setelah bersara

KUALA LUMPUR – Sebanyak 71 peratus pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) aktif yang berumur 55 tahun ke bawah berisiko mejadi golongan miskin apabila bersara kelak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemungkinan itu wujud apabila golongan itu tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara disebabkan empat pengeluaran khas KWSP semasa penularan pandemik Covid-19.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bilangan ahli aktif yang mencapai Simpanan Asas (RM240,000 pada usia 55 tahun) menurun daripada 36 peratus pada tahun 2020 kepada 29 peratus pada akhir tahun 2022.

“Situasi ini secara langsung menunjukkan bahawa 71 peratus, atau lebih dua pertiga daripada ahli aktif mencarum berumur 55 tahun dan ke bawah berada dalam situasi yang serius yang mana jumlah dana mereka tidak cukup untuk bersara melebihi paras kemiskinan, lata Anwar dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau seterusnya menjelaskan, KWSP menganggarkan ahli perlu bekerja antara empat sehingga enam tahun tambahan bagi membina semula simpanan yang dikeluarkan sewaktu tempoh pandemik tersebut.

Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) yang meminta kerajaan menyatakan pendirian mengenai pengeluaran awal KWSP dan rancangan kerajaan untuk membantu pencarum membina semula simpanan mereka.

Kata Anwar lagi, sebanyak 6.7 peratus pencarum atau bersamaan 51 peratus daripada jumlah keseluruhan mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam simpanan KWSP dicatatkan sehingga 31 Disember 2022.

Katanya, pengeluaran tambahan tidak berjadual menyebabkan lebih banyak masalah kepada pencarum dan menjejaskan pendapatan KWSP. Sebanyak RM145 bilion simpanan telah dikeluarkan bagi empat pengeluaran khas KWSP sejak 2020.

“Ini menyebabkan kekangan bagi penyertaan ke dalam peluang-peluang pelaburan baru dan akan memberikan kesan secara langsung dari segi kehilangan potensi pulangan jangka masa panjang yang turut menjejaskan peluang bagi menjana pendapatan untuk tujuan pembayaran dividen kepada ahli pada masa hadapan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button