Jenayah & Mahkamah

Lelaki bergari pegang sepucuk pistol dalam kenderaan diberkas polis

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki yang videonya bergari sambil memegang sepucuk pistol tular dalam sebuah aplikasi media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya, suspek yang berusia 46 tahun itu diberkas pada Sabtu lalu pada pukul  1.05 tengah hari.

“Hasil kejayaan tangkapan tersebut, pihak polis telah merampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo dan seutas jam tangan berjenama.

“Suspek telah direman selama empat hari mulai Sabtu lalu hingga esok bagi membantu siasatan. Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan seterusnya akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak minggu lalu video berkenaan tular di laman media sosial Telegram Edisi Siasat yang memaparkan seorang individu sedang memegang senjata api dengan kedua belah tangan bergari di dalam sebuah kenderaan.

Sementara itu, katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 89 Akta Polis 1967 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak terlibat di dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. Tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button