AmRencana

400 Lock Sejam: Fun Keong In Action “The Legend Is Back”

USAHA Izzat Rabak-Lit untuk membangkitkan semula jenama “nostalgia” Fun Keong telah mendapat hasil yang memuaskan. Dalam masa 60 minit, 400 pasang kasut “The Legend Is Back” telah terjual melalui pautan kunci dan klik – satu pencapaian yang luar biasa.

Sepanjang tiga tahun dan 11 bulan operasi ZRA, versi Nasir Jani Fun Keong “In Action” telah menjadi produk yang paling laris dalam masa sejam.

Tahniah kepada Izzat Rabak-Lit kerana berjaya membangunkan semula jenama “retro” untuk kekal relevan hingga hari ini.

“Kembara Seniman Jalanan” adalah filem yang mempunyai momentum tersendiri pada masanya. Kejutan, momentum memorinya masih wujud selepas 37 tahun sejak ditayangkan pada tahun 1986.

Siapa sangka, dalam kalangan pelbagai kontroversi mengenai filem-filem protes “cetak rompak”, kasut Fun Keong yang dipakai oleh Bujang (M. Nasir) dan Osman Tikus (Pyanhabib Rahman) mampu menjadi titik memori komersial yang tinggi nilainya.

Saya tidak pernah terfikir bahawa kasut repro boleh dibuat sebagai versi memori untuk merayakan sebuah filem di mana-mana!

Tiga bulan lalu, apabila Rabak-Lit bercerita mengenai idea empat edisi kasut ini akan dikeluarkan, saya sangat teruja.

Tetapi menerima 400 pasang tempahan dalam masa 60 minit adalah sesuatu yang mengejutkan.

Saya yakin bahawa bilangan tempahan dapat mencapai 500 pasang dalam masa terdekat.

Mari kita tunggu edisi seterusnya – Fun Keong KSJ Edition dan Osman Tikus Edition.

Terima kasih juga kepada Fun Keong kerana menerima idea Rabak-Lit sebagai tanda penghargaan terhadap usaha anak muda.

“Tahniah kepada anak muda (Izzat Rabak-Lit) yang berusaha “menghargai” karya lampau – suatu tanda bahawa semangat mereka kekal kuat pada generasi masa kini.” Kata Zainal Rashid Ahmad ZRA di posting facebook ZRA stream.

Show More

Related Articles

Back to top button