Rencana

Selepas 19 tahun terlantar, akhirnya Hidayah pergi jua

KUALA LUMPUR – Selepas 19 tahun terlantar di atas katil, penderitaan seorang wanita berakhir apabila dia kembali ke pangkuan Ilahi pada hari ini.

Hidayah, 25, yang terlantar dan dirawat sejak umur 6 tahun di hospital hanya sempat tinggal setahun di rumahnya selepas dipindahkan dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) sebelum meninggal dunia.

Menurut Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), kecederaan akibat terjatuh yang dialami Allahyarham menyebabkannya lumpuh seluruh badan, patah tulang belakang dan mengalami masalah urat saraf.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya memberikan bantuan zakat, menaja seunit mesin bantuan pernafasan, set katil pesakit bersama tilam angin dan peralatan-peralatan mekanikal ventilasi pernafasan seperti ‘suction catheter’, ‘suction tubing’ dan ‘tracheostomy cannula’ untuk kemudahannya.

“Berdasarkan rekod MAINS, ibu beliau yang juga seorang ibu tunggal dan mengalami masalah jantung adalah penerima bantuan kewangan zakat secara bulanan sejak tahun 2014 sehingga kini.

“Semoga Allahyarham tenang di sana dan diampunkan segala dosa. Sesungguhnya kami semua pasti menyusul,” kata MAINS dalam kenyataan di halaman Facebook mereka hari ini.

Selain itu, pihak MAINS turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membayar zakat dan mengajak orang ramai untuk berbuat sedemikian di pautan www.zakatns2u.biz

Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Hidayah selain mendoakan agar rohnya dicucuri

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button