Berita Semasa

Bas percuma disediakan bagi pengunjung Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024

CYBERJAYA – Orang ramai yang ingin mengunjungi Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, di sini Ahad ini, boleh menggunakan perkhidmatan bas henti-henti secara percuma.

Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menerusi infografik yang dikongsi di laman Facebook miliknya berkata, bas itu akan mengambil penumpang dari dua lokasi iaitu Park & Ride serta Parkir Rekascape, di sini dan menghantar mereka ke lokasi majlis di Cyber Event Hall.

Bas itu disediakan dengan kekerapan setiap 30 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.

Pelbagai acara, persembahan dan pertandingan bakal diadakan pada majlis itu bagi mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat melalui format karnival komuniti.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program yang disediakan sepanjang Bulan Kebangsaan ini melalui laman sesawang www.merdeka360.my serta media sosial Merdeka360 di Facebook, Instagram, X dan TikTok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button