Berita Semasa

Lebih 180,000 tenaga kerja asing diperlukan dalam industri pertanian

PUTRAJAYA – Lebih 186,000 tenaga kerja asing diperlukan dalam industri pertanian seluruh negara jelas Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Chan Foong Hin.

Menurut beliau, setakat ini seramai 3,000 pekerja asing telah didaftarkan untuk mengisi kekosongan di sektor tersebut menerusi Program Rekalibrasi.

Katanya, masalah tersebut memerlukan kerjasama dengan pelbagai pihak dan kementeriannya komited untuk berkerjasama dengan agensi-agensi yang terlibat.

“Buat sementara waktu, saya rasa ini isu yang merentasi kementerian, jadi kita sedang berkerjasama dengan Jabatan Imegrisen Malaysia (JIM), dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

“Jadi dia bukan semata-mata dari kementerian ini dan tak boleh khusus cakap tentang apa usaha dari kementerian (MAFS) untuk mengatasi ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Sesi Dialog Industri Agromakanan dan Taklimat Khas Penggajian Pekerja Asing Sektor Pertanian di Wisma Tani, di sini, hari ini.

Program tersebut diadakan bagi menyampaikan maklumat tepat dan terkini mengenai pengurusan pekerja asing kepada pemain industri sektor pertanian.

Katanya lagi, program tersebut juga diadakan terdapat pemain industri yang kurang arif dalam penggunaan internet bagi  pengurusan tenaga pekerja asing.

Mengulas lanjut, katanya, walaupun pihak MAFS akan berkerjasama dalam mengatasi masalah kekurangan tersebut, namun fokus utama pihak kementerian ketika ini adalah untuk menarik minat golongan muda dalam menceburi bidang pertanian.

“Pekerja asing ini cuma salah satu cara untuk jangka masa pendek. Jadi apa yang ada sekarang kerana dalam masa Covid-19 ini segala benda dihentikan.

“Jadi sekarang kita mahu membawa kekurangan isu kembali ke landasan yang betul. Kita perlu adakan lebih banyak promosi bagi pertanian moden untuk menggalakkan orang muda jadi itu langkah seterusnya.

“Objektif kita untuk sekarang ini untuk jangka masa pendek dan untuk jangka masa panjang memang ingin membawa pertanian sebagai salah satu kerjaya yang orang-orang muda dia rasa ada masa depan, jadi orang kita akan melibatkan diri dalam pertanian,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button