Berita Semasa

KPM utamakan projek penggantian sekolah daif

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan keutamaan kepada sekolah daif yang berada pada Skala Enam dan Skala Tujuh bagi dilaksanakan projek penggantian.

Kata KPM dalam satu kenyataan hari ini, sehingga 31 Januari 2023, sebanyak 830 buah sekolah mempunyai blok bangunan yang berada pada skala enam dan tujuh yang memerlukan penggantian atau pembangunan semula.

“Bilangan bangunan daif ini adalah dinamik selaras dengan penyelesaian pelaksanaan pembangunan semula dan penerimaan untuk mengesyorkan tahap keselamatan bangunan oleh agensi teknikal.

“Projek yang diangkat untuk kelulusan pelaksanaan terdiri daripada senarai sekolah yang mempunyai bangunan daif pada skala 6 dan 7,” kata kenyataan itu.

KPM seterusnya menucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas keprihatinan beliau dalam itu tersebut.

Sebelum ini, laporan media menyebut Perdana Menteri sebagai berkata, kerajaan memandang serius isu sekolah daif dan akan menanganinya dengan segera.

“Dalam tujuh aspirasi KPM sebelum ini, agenda berkaitan pembangunan sekolah daif ini telah diberikan perhatian, maka pengumuman Perdana Menteri tersebut adalah selaras dengan hasrat KPM untuk mengutamakan isu ini di seluruh negara.

“KPM komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid serta warga sekolah di seluruh negara,” kata kenyataan itu lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button