Jenayah & Mahkamah

SPRM siasat MAINS dakwaan seleweng wang pungutan zakat

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis difahamkan sedang menyiasat dakwaan rasuah membabitkan jutaan ringgit pungutan zakat yang dikutip Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

Laporan BH Online menyebut, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mengesahkan siasatan berkenaan.

“Saya rasa SPRM dan polis masih menjalankan siasatan, jadi kita serah kepada pihak yang menyiasat kes itu.

“Jika betul ambil tindakan, jika tidak maklum kepada masyarakat bahawa apa yang berlaku sebenarnya,” kata Aminuddin.

Beliau bagaimanapun menambah, beliau tidak tahu apa yang berlaku kerana tidak lagi berada dalam MAINS.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan pecah amanah melibatkan beberapa pegawai MAINS dan membabitkan jutaan ringgit kutipan zakat.

SPRM dilaporkan sudah menerima maklumat berhubung dakwaan itu, tetapi tiada tangkapan dibuat sehingga kini.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button