Politik

Politik “Noh minta dipecat” – Isham

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mengesahkan Tan Sri Noh Omar meminta dirinya dipecat daripada parti.

Kata Isham, Noh membuat permintaan itu selepas dimaklumkan bahawa keahliannya digantung selama enam tahun kerana melanggar perlembagaan parti ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.

“Tan Sri Noh Omar meminta dirinya dipecat ketika mesyuarat MKT (Majlis Kerja Tertinggi) malam tadi.

Beliau membuat permintaan itu setelah dimaklumkan keputusan lembaga disiplin parti (untuk menggantung keahliannya selama enam tahun),” kata Isham dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, sebentar tadi.

Isham bagaimanapun tidak mengulas lanjut sama ada permintaan Noh itu diterima oleh mesyuarat.

Show More

Related Articles

Back to top button