Bisnes & Ekonomi

Harga makanan siap bermasak di restoren, hotel penyumbang utama kenaikan inflasi

PUTRAJAYA – Peningkatan harga makanan dan minuman (F&B) di luar rumah terutamanya di restoran dan hotel dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada kenaikan inflasi negara.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata,laporan Jabatan Statistik untuk Disember lalu menunjukkan semua komponen utama indeks harga pengguna (IHP) semakin menyederhana kecuali pada komponen restoran, hotel dan perumahan, air, elektrik, gas serta bahan api lain.

“Ini yang saya hendak tekankan kerana komponen tersebut membentuk keseluruhan kos ditanggung oleh rakyat iaitu peningkatan harga makanan dan minuman di luar rumah terutamanya di restoran dan hotel adalah penyumbang utama kepada kadar inflasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Penerbitan Indeks Harga Pengguna (IHP) Disember 2022, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, keadaan tersebut tidak mencerminkan senario sebenar kerana laporan Jabatan Perangkaan Malaysia untuk Disember 2022 menunjukkan kadar inflasi pada bulan tersebut menurun kepada 3.8 peratus.

Seterusnya, kata Rafizi lagi, usaha mengawal inflasi memerlukan kerjasama semua pihak daripada kerajaan, peniaga sehinggalah rakyat.

Tegasnya, pengguna boleh dan perlu memainkan peranan dalam bersama-sama menyuntik keanjalan antara permintaan dan bekalan sesuatu bahan demi mengawal kadar inflasi.

Show More

Related Articles

Back to top button