Berita Semasa

Pembangunan belia dan sukan jadi fokus Mesyuarat Penyelarasan Exco KBS hari ini

PUTRAJAYA – Mesyuarat Penyelarasan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri diadakan buat julung kalinya pada tahun ini bagi membincangkan pembangunan belia dan sukan negara.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh itu juga dihadiri oleh wakil-wakil Exco sukan setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, objektif utama mesyuarat berkenaan adalah untuk merangka dan menyelaras kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan pembangunan belia dan sukan secara holistik.

“Ini adalah kali pertama mesyuarat ini diadakan sejak kali akhir pada 2018, apabila dipengerusikan ole bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Perjumpaan yang kerap dan saluran komunikasi yang wujud ini merupakan satu manifestasi identiti dan halatuju Kerajaan Perpaduan yang jelas mahukan penglibatan Kerajaan Negeri bagi membangunkan masa depan Malaysia bersama,” ujarnya.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.

Tambah Hannah Yeoh lagi, beliau mahu mesyuarat ini diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi membincangkan isu-isu semasa belia dan sukan di peringkat akar umbi.

“Mesyuarat ini juga membolehkan pihak kementerian mengenal pasti dan membincangkan isu-isu semasa belia dan sukan di peringkat akar umbi serta memperakukan cadangan tindakan dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan belia dan sukan,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button