Politik

Zahid maafkan pemimpin buat onar

Termasuk 10 yang tanda tangan SD sokong Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Selepas mendedahkan 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang berkomplot menandatangani surat akaun bersumpah (SD) menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan telah memaafkan kesemua mereka dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU) malam tadi.

Sumber daripada perwakilan berkata, Presiden UMNI itu mengambil pendekatan demikian demi untuk melihat pemimpin-pemimpin parti itu kembali bersatu dan bangkit menjadi parti yang disegani seperti sebelumnya.

“Memang Presiden ada menyebut pasal 10 MP (ahli parlimen) yang sains SD sokong Muhyiddin dan itu jadi kecoh sekejap tapi beliau memaafkan, termasuk ahli-ahli yang selama ini menimbul kekacauan,” katanya selepas Taklimat Presiden di di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur secara tertutup semalam.

Dalam ucapan kepada perwakilan sebelum Persidangan Agung Umno (PAU) malam tadi, Zahid yang juga pengerusi BN menyebut 10 Ahli Parlimen yang membelakangi gabungan berkenaan berdasarkan kerusi-kerusi yang ditandingi.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menyebut nama setiap daripada mereka walaupun menerima sorakan perwakilan yang mahu beliau mendedahkan nama-nama yang terlibat.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Umno Puad Zarkashi dalam hantaran di Facebook berkongsi nada berbeza apabila menyatakan Zahid berjanji kepada perwakilan beliau akan menjalankan “pembersihan penuh” supaya Umno bersih daripada anasir “baling batu sembunyi tangan”.

FMT melaporkan, Fuad menamakan 10 Ahli Parlimen yang dimaksudkan itu adalah Hishammuddin Hussein (Sembrong), Hasni Mohammad (Simpang Renggam), Jalaluddin Alias (Jelebu), Isam Isa (Tampin), Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah) dan Abdul Rahman Mohamad (Lipis).

Empat Ahli Parlimen lain termasuk wakil MCA, Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Wee Jeck Seng (Tanjung Piai), M Saravanan (Tapah) daripada MIC dan Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) daripada PBRS.

Show More

Related Articles

Back to top button