BERITA SEMASASUKAN

Pemain Bolivia cedera kemaluan terkena mercun selepas perlawanan

SUCRE – Seorang pemain bola sepak Bolivia mengalami kecederaan pada bahagian kemaluan selepas terkena mercun ketika meraikan kemenangan pasukannya dalam aksi Liga Divisyen Primera.

Insiden itu berlaku selepas perlawanan antara The Strongest dan Blooming, yang berakhir dengan kemenangan 3-2 buat tuan rumah hasil jaringan kemenangan penyerang Juan Godoy.

Keadaan menjadi kecoh sebaik wisel penamat dibunyikan apabila penyokong menyalakan mercun jenis ‘llorona’ yang terkenal kerana pergerakan di udara seperti roket.

Mercun itu dilancarkan ke dalam padang menyebabkan pemain dan pegawai kedua-dua pasukan bertempiaran lari.

Salah satu mercun terkena Godoy, menyebabkannya rebah sambil memegang bahagian sulit sebelum dibantu keluar padang oleh petugas perubatan.

Menurut laporan media tempatan El Deber, Godoy mengalami melecur tahap satu pada paha dan hematoma di kawasan kemaluan.

Kelab The Strongest menyalahkan kumpulan ultras mereka, UltraSur, yang didakwa melancarkan mercun sebagai sebahagian protes terhadap pemilik kelab.

Namun UltraSur menafikan dakwaan itu, sebaliknya mendakwa ia dilakukan bagi meraikan kemenangan selain memohon maaf kepada Godoy.

“Kami tidak pernah berniat mencederakan mana-mana pemain atau pegawai kejurulatihan. Kami sentiasa mahu menyokong bukan membahayakan sesiapa,” kata kumpulan itu dalam kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button