BERITA SEMASASUKAN

Pearly-Thinaah tewas kepada pasangan No. 1 dunia

PETALING JAYA – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, gagal menjuarai Terbuka Jepun selepas tewas kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, dalam aksi final yang berlangsung selama 45 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo, sebentar tadi.

Pearly-Thinaah, yang sekian lama menaruh harapan menjadi pasangan Malaysia pertama memenangi kejohanan tersebut terpaksa akur dengan kekalahan straight-set 15‑21, 14‑21.

Pasangan nombor tiga dunia itu juga gagal menebus kekalahan di final Terbuka Indonesia bulan lalu, sekali gus mengekalkan rekod buruk mereka menentang Sheng Shu‑Tan Ning dengan lima kekalahan berturut-turut.

Meskipun sekadar naib juara, pencapaian Pearly-Thinaah tetap bersejarah apabila mereka menyaingi rekod Chin Eei Hui-Wong Pei Tty sebagai pasangan Malaysia terakhir yang menjejak final Terbuka Jepun pada 2008.

Kejayaan itu merupakan penampilan keempat Pearly-Thinaah di pentas akhir dalam musim ini, selepas gelaran Terbuka Thailand dan dua kali naib juara di Masters Indonesia serta Terbuka Indonesia.

“Walaupun keputusan tidak berpihak kepada kami hari ini, saya bangga dengan perjuangan Pearly dan diri saya sendiri. Kami akan terus bekerja keras untuk membaiki kelemahan dan kembali lebih kuat,” kata M. Thinaah usai perlawanan.

Sebagai naib juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai AS$33,250 (kira-kira RM141,182), manakala Liu Sheng Shu-Tan Ning meraih gelaran kedua berturut-turut dalam Jelajah Dunia BWF beserta hadiah AS$70,300 (RM298,500).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button