
AMK sokong had tempoh 10 tahun Perdana Menteri
KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani komited dalam usaha mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun sebagai sebahagian daripada agenda reformasi.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd Halim berkata, pihaknya menyokong penuh langkah itu yang disifatkan sebagai sebahagian daripada janji Pakatan Harapan sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Ini bukan perkara baharu tetapi komitmen yang telah lama dipegang oleh Pakatan Harapan.
“Had tempoh itu akan menghalang penyalahgunaan kuasa, mengukuhkan integriti pentadbiran serta memastikan kepimpinan negara sentiasa segar dengan idea baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, langkah itu memerlukan pindaan Perlembagaan yang hanya boleh dilaksanakan dengan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak, termasuk pembangkang, agar bersama-sama merealisasikan usaha tersebut demi masa depan politik negara yang lebih demokratik dan telus.
Adam menegaskan, sekiranya reformasi ini berjaya dilaksanakan, Kerajaan Madani akan terpahat dalam sejarah sebagai pentadbiran yang berani membawa perubahan besar kepada sistem pentadbiran negara.
“Inilah reformasi sebenar, inilah politik masa depan,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |