BERITA SEMASA

Identiti 15 pelajar UPSI terkorban dalam nahas bas dikenal pasti

GERIK – Identiti pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas bas ekspres di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli, pada awal pagi tadi telah dikenal pasti.

Dalam satu kenyataan, pengurusan universiti itu memaklumkan mangsa terdiri daripada 11 pelajar perempuan dan empat lelaki daripada lapan fakulti.

Berikut merupakan senarai mangsa yang telah dikenal pasti:

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)

– Nurul Izyanti Muhamad Azahar
– Wan Nur Suhaila Wan Muhammad
– Muhammad Adib Hazim Halim
– Nurul Fatihah Abu Setaman

Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSLIK)

– Muhammad Mustaqim Rosde

Fakulti Pembangunan Manusia (FPM)

– Nur Ainul Qistina Mat Ali
– Nur Dalila Farhana Mohamad Isma
– Nurly Sahirah Azman

Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK)

– Sufea Adela Maslihaizan
– Nik Amni Nadiah Nik Nor Zabir

Fakulti Sains Matematik (FSMT)

– Mohammad Aqil Taqiuddin Mohd Sofian
– Fatin Nasrien Fadli

Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV)

– Nor Ayuni Maslan

Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKJ)

– Anis Soffiyya Md Zaidi

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPEK)

– Fakhrul Arif Rosdi

Dalam kejadian pukul 3.40 pagi tadi, 15 pelajar UPSI disahkan maut apabila bas yang dinaiki mereka terbabas selepas melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button