Berita Semasa

MCMC sokong tiada caj tambahan bagi 5G

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyokong penuh komitmen Kerajaan Madani untuk memastikan penyedia perkhidmatan rangkalan mudah alih tidak mengenakan caj tambahan bagi akses kepada rangkaian 5G.

Menurut MCMC dalam satu kenyataan, pengumuman oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengenai perkara tersebut adalah selari dengan usaha berterusan kerajaan dalam menyediakan akses teknologi telekomunikasi canggih yang adil dan saksama buat seluruh rakyat Malaysia.

“MCMC akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih. mematuhi komitmen yang telah dinyatakan.

“Setakat 31 Disember 2023, perkhidmatan rangkaian 5G telah berjaya mencapai 80.7 peratus liputan di kawasan berpenduduk,” katanya.

Sementara itu menurut MCMC, sekiranya terdapat aduan berhubung caj akses 5G, pengguna boleh menyalurkannya menerusi Portal Pengguna MCMC di https://aduan.momc.gov.my atau hubungi talian 1-800-188-030.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button