BERITA SEMASADALAM NEGERI

KPDN bakal perkenal aplikasi bendung ketirisan, seludup minyak masak bersubsidi

KUALA LUMPUR – Dalam usaha membendung ketirisan dan penyeludupan minyak masak bersubsidi, kerajaan akan memperkenalkan aplikasi mudah alih bagi memantau penjualan barangan tersebut.

Perkara itu dimaklumkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, melalui aplikasi tersebut, data pembeli akan direkodkan sekali gus membolehkan kementerian menentukan sama ada minyak masak bersubsidi dijual kepada golongan sasar yang layak atau sebaliknya.

“Aplikasi ini sedang digunakan dalam projek perintis dan akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada Sistem Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS).

“Pada masa ini, tiada rekod kepada siapa peruncit menjual minyak masak bersubsidi dan ia menyebabkan berlakunya ketirisan.

“Malah, sebahagiannya jatuh ke tangan pihak yang tidak layak termasuk penyeludup,” tegasnya.

Ujar beliau lagi, aplikasi itu akan membolehkan pegawai penguatkuasa kementerian mengambil tindakan segera terhadap mereka yang tidak layak membeli minyak masak bersubsidi.

Armizan turut menegaskan bahawa tanggungjawab memastikan 60,000 metrik tan minyak masak bersubsidi tersedia di pasaran pada setiap bulan memerlukan lebih daripada sekadar penguatkuasaan.

Ia juga memerlukan pendekatan pengurusan risiko ketirisan yang lebih berkesan dan aplikasi mudah alih eCOSS adalah jawapannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button