BERITA SEMASA

Asrama lelaki Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar lagi

KUALA BERANG – Bangunan asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu di sini yang dihuni pelajar lelaki terbakar awal pagi tadi.

Insiden berkenaan merupakan kali kedua berlaku selepas bangunan sama, namun tingkat berbeza terbakar pada 12 Mei lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Zulhisham Mohamad Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada pihak asrama pada 1.57 pagi.

Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa manakala punca dan kerugian sedang disiasat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button