Berita SemasaPolitik

Kita sedia jadi kerajaan dan boleh buat lebih baik – Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan politik itu sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membaiki kemelut kos sara hidup dan ekonomi negara ketika ini.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, parti itu mempunyai penyelesaian kepada pelbagai kesulitan hidup rakyat terutama berkaitan isu pendapatan dan kenaikan harga barang.

Bahkan katanya, PN juga sedia untuk menjadi kerajaan yang akan ‘membetulkan keadaan’ jika diberikan peluang membentuk kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) akan datang.

“Adakah kita (PN) bersedia untuk menjadi kerajaan alternatif atau menunggu? Itu tidak payah sebut apa-apa, kami sedia bila-bila masa.

“Jika diberikan peluang, kita akan betulkan keadaan dan dalam perkara-perkara tertentu, kita ada jawapannya,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Presiden Pengasas BERSATU bersama pengamal media, di sini hari ini.

Antara isu yang dipertikaikan Ahli Parlimen Pagoh itu adalah isu pelarasan subsidi oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menyebabkan pelbagai impak buruk dari sudut ekonomi rakyat.

“Kita mempunyai hasil kajian daripada badan pemikir yang membuktikan kaedah yang dilakukan sekarang menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat.

“Kalau kita buat pelarasan, kita tidak akan buat seperti yang dilakukan PH kerana kesan bergandanya jadi tidak baik,” dakwa beliau.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada kumpulan artis tempatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button