Luar Negara

Operasi SAR kapal selam pelancong: Sonar kesan ‘bunyi hentakan’

WASHINGTON – Pasukan pencari yang terlibat dalam operasi menyelamat kapal selam pelancongan yang hilang di Lautan Atlantik mengesan ‘bunyi hentakan’ berhampiran lokasi terakhir kapal tersebut dipercayai dikesan.

Laporan media tempatan menyebut, bunyi tersebut dikesan oleh pesawat P-8 Poseidon milik Kanada yang turut menyertai operasi berkenaan.

“Sebuah pesawat P-8 milik Tentera Udara Diraja Kanada yang menyertai operasi mengesan ‘bunyi hentakan’ di kawasan operasi setiap 30 minit.

“Empat jam kemudian, alat sonar tambahan turut diletakkan di kawasan tersebut, dan bunyi itu masih kedengaran,” kata emel dalaman yang dihantar kepada Jabatan Keselamatan Tanah Air (Homeland Security) Amerika Syarikat (AS), yang dipetik oleh majalah Rolling Stone.

Rangkaian CNN turut melaporkan, memo dalaman kerajaan AS turut mengesahkan bunyi hentakan itu dikesan oleh alatan sonar, tetapi tidak menyatakan durasi bunyi berkenaan, atau puncanya.

Show More

Related Articles

Back to top button