PM X

Perjanjian Sempadan maritim ambil kira pandangan pakar, pihak berkepentingan – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang ditandatangani telah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pakar dan pihak berkepentingan dalam negara. 

Menurut Anwar, perjanjian tersebut telah diperakui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Kementerian Luar, Peguam Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) serta Hidrografi Malaysia.

Jelas Ahli Parlimen Tambun itu, masih ada lagi perjanjian yang belum dimuktamadkan kerana ia melibatkan negeri berkepentingan seperti Sabah.

“Jadi setelah mereka teliti dan mereka puas hati barulah mereka meterai tatkala perbincangan saya dengan Presiden Jokowi, kita sebagai negara sahabat harus menyelesaikan perkara yang berlarutan selama 18 tahun ini.

“Jadi sebab itu pada 8 Jun kita melakukan persetujuan berdasarkan kepentingan kita, titik sempadan yang kita tidak pertikai dan undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Undang-Undang Laut 1982 (The United Nations Convention on the Law of the Sea 1982).

“Yang jadi masalah ialah sebahagian daripada kita dia tidak baca dan teliti. Dia tidak baca kenyataan bersama, kenyataan itu tidak termasuk kawasan yang masih dirunding termasuk yang disebut di Pulau Sebatik dan Sulawesi selatan kerana dalam memuktamadkan itu kita akan undang wakil Sabah dan oleh kerana belum ada persetujuan maka ini belum lagi diselesaikan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu ketika Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, hari ini

Tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan, perjanjian yang dilakukan juga telah mengambil kira keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) serta artikel 15 berhubung had wilayah laut antara negeri yang bertentangan.

“Jadi yang diteliti itu aspek perundangan teknikal, ekonomi dan telah disepakati dan saya puas hati kerana The limitation of the territorial of the sea between states with opposites or agent cost (had wilayah laut antara negeri yang bertentangan) dalam artikel 15 kita patuhi sepenuhnya.

“Kita juga mengambil kira keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) iaitu.. The most logical and widely practice approach is first to draw provisionally and equidistant line and then to consider wether that line must be adjusted in light of the existence of special circumstances (Pendekatan amalan yang paling logik dan meluas ialah dengan melukis garisan sementara dan jarak yang sama, kemudian mempertimbangkan sama ada garis itu mesti diselaraskan berdasarkan kewujudan keadaan khas),” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button