Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Pemilik agensi takaful hilang sejak Jumaat lalu, kenderaan berjaya ditemui

SHAH ALAM – Seorang wanita berusia 42 tahun dilaporkan hilang selepas keluar ke tempat dari rumahnya di Seksyen 17 di sini pada Jumaat lalu.

Laporan mengenai kehilangan mangsa dibuat oleh tiga individu yang merupakan rakan serumah dan tempat meiselepas tidak dapat menghubungi orang hilang (OH).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan yang diterima polis adalah dari rakan serumah dan kenalan tempat kerja.

“Siasatan awal mendapati mangsa keluar dari rumah pada 15 November lalu kira-kira pada pukul 11 pagi dari kediaman sewanya di Seksyen 17.

“Mangsa keluar bekerja menaiki Mitshubisi Triton, tetapi kenderaan itu sudah dijumpai di Jalan Ampang,” katanya.

Menurut Mohd Iqbal, siasatan awal mendapati, tidak berlaku perselisihan faham antara OH dengan rakan serumahnya.

Katanya, siasatan lanjut mendapati OH bernama Junaida Abdul Rahim yang belum berkahwin itu adalah seorang pemilik agensi takaful di Subang Jaya,

“Ciri-ciri fizikal OH adalah berkulit kuning langsat, ketinggian 160 sentimeter, 54 kilogram berat dan bertudung

“Siasatan diklasifikasikan di bawah Orang Hilang (OH). Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button