Berita SemasaLuar NegaraSukan

Walaupun tewas, Tyson tetap juara di hati peminat

KEHIDUPAN di dalam gelanggang tinju bukan sekadar kisah menang atau kalah. Ia adalah kisah keberanian, pengorbanan dan ketahanan jiwa para pejuangnya.

Itulah yang boleh disimpulkan pada pertarungan yang menyaksikan legenda tinju dunia, Mike Tyson, 58, tewas berdepan lawannya yang jauh lebih muda, Jake Paul, 27, pada aksi heavyweight bersejarah di Stadium Dallas Cowboy, Texas, Amerika Syarikat malam tadi (waktu tempatan).

Walaupun berdepan masalah kesihatan yang mengancam nyawa, Tyson tetap berjuang dengan penuh semangat.

“Inilah salah satu situasi di mana anda kalah tetapi tetap menang. Saya bersyukur atas apa yang berlaku malam tadi. Tiada penyesalan untuk masuk ke gelanggang buat kali terakhir.

“Saya hampir meninggal dunia pada bulan Jun. Saya menjalani pemindahan darah sebanyak lapan kali, kehilangan separuh daripada darah saya dan kehilangan 25 paun berat badan di hospital. Saya terpaksa berjuang untuk kembali sihat demi bertarung dan saya berjaya.

“Melihat anak-anak saya menyaksikan saya berdiri dan bertarung selama lapan pusingan dengan seorang pejuang berbakat separuh usia saya, di hadapan Stadium Dallas Cowboy yang penuh sesak, adalah pengalaman yang tidak layak diminta oleh mana-mana lelaki. Terima kasih,” tulis Tyson di laman Facebook beliau.

Paul seorang peninju muda profesional yang juga seorang pempengaruh YouTube terkenal, dilihat mudah memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan majoriti iaitu 80-72, 79-73 dan 79-73.

Berdepan lawan yang semakin dimamah usia, Paul beruntung dan terus menggunakan kelebihannya dalam menunjukkan pergerakan pantas untuk menguasai Tyson.

Paul yang berusia jauh lebih muda daripada Tyson menggunakan kelebihannya menewasnya petinju legenda itu.

Bagaimanapun, Tyson tetap ‘juara’ di hati peminatnya kerana tetap bersemangat untuk perlawanan tersebut dan tidak pernah berhenti berjuang walaupun berdepan cabaran kesihatan yang hampir meragut nyawa.

“Andalah legenda yang masih hidup,” tulis David Blacky.

“3 generasi keluarga saya berpeluang menyaksikan anda dan mendapat inspirasi daripada anda malam tadi. Terima kasih,” komen Phil Cavaretta pula.

“Saya berbangga dengan kamu, juara. Andalah hero saya. Tolong jaga diri, Saya harap untuk melihat anda lagi. Sayang kamu,” kata Bruno Ramirez pula.

Show More

Related Articles

Back to top button