Uncategorized

Dua warga emas maut kemalangan di Plaza Tol Sungai Besi

SERDANG – Dua lelaki warga emas maut selepas kereta yang dinaiki mereka melanggar pembahagi di Plaza Tol Sungai Besi, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Seremban, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.42 pagi.

Menurut beliau, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda CRV di mana dua lelaki berusia 65 tahun tersepit di bahagian hadapan kenderaan.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Show More

Related Articles

Back to top button