Bisnes & Ekonomi

CEO LHDN dilantik Presiden CATA yang baharu

CYBERJAYA – Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Pentadbir Cukai Negara-Negara Komanwel (CATA) bagi penggal 2024 2027 berkuat kuasa mulai hari ini.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan, beliau dilantik sebagai Presiden CATA semasa Persidangan Teknikal CATA kali ke-44 di Mauritius.

“CATA adalah pertubuhan percukaian antarabangsa yang dianggotai oleh pentadbir cukai dari 47 negara Komanwel. la merupakan pertubuhan percukaian yang terbesar di dunia mengikut bilangan keahlian pentadbir cukai.

“Objektif utama CATA adalah untuk membantu negara-negara anggota mencapai kecemerlangan dalam semua
aspek pentadbiran percukaian. CATA sehingga kini telah memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan pemodenan pentadbiran percukaian dan penggunaan polisi, proses dan prosedur kerja yang efisien dalam kalangan negara-negara Komanwel terutamanya negara-negara membangun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, pelantikan itu juga mencerminkan kepercayaan penuh negara-negara anggota terhadap kepimpinan beliau sebagai peneraju dalam mengemudi CATA untuk penggal 2024-2027.

“Ini bukan sahaja merupakan pengiktirafan terhadap Malaysia dan LHDN tetapi juga terhadap ketokohan dan
komitmen tinggi beliau untuk membawa pertubuhan ini ke tahap yang lebih tinggi. Pengiktirafan ini turut mengangkat suara Malaysia di persada dunia dalam membawa hala tuju yang dinamik sekali gus memangkin
pentadbiran percukaian yang lebih mampan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button