Berita Semasa

Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri – MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan di beberapa tempat di Sarawak dan Sabah hingga pukul 2 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kawasan di Pahang yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Maran dan Rompin, selain Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Ribut petir turut dijangka berlaku di Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Situasi sama diramalkan berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan serta beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.

Di Sarawak membabitkan Sibu (Selangau), Mukah dan Bintulu manakala di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

Show More

Related Articles

Back to top button