Berita SemasaLuar Negara

Ancaman bom dalam pesawat: Singapura kerah dua jet pejuang

SINGAPURA – Dua jet pejuang F-15SG milik Singapura telah dikerahkan susulan Air India Express menerima ancaman bom menerusi e-mel yang menyatakan terdapat bom di dalam pesawat penerbangan AXB684 yang dalam perjalanan menuju ke Singapura.

Menteri Pertahanan, Dr. Ng Eng Hen, berkata, dua jet pejuang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) itu mengiringi pesawat berkenaan menjauhi kawasan berpenduduk.

Katanya, pesawat itu kemudian mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi Singapura pada jam 10.04 Selasa malam.

“Sistem Pertahanan Udara Berasaskan Darat (GBAD) dan Pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) kami turut diaktifkan. Sebaik sahaja di darat, pesawat itu diserahkan kepada polis lapangan terbang.

“Terima kasih kepada dedikasi dan profesionalisme SAF dan Home Team yang memastikan kami selamat, walaupun ancaman wujud di sekeliling kami,” katanya dalam satu hantaran di X.

Pada masa yang sama, Eng Hen turut mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung insiden terbabit.

Show More

Related Articles

Back to top button