Berita SemasaDalam Negeri

Penerbitan buku catat peningkatan signifikan

KUALA LUMPUR – Kajian Data Perbukuan Negara yang baharu disiapkan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mendedahkan jumlah penerbitan buku di negara ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding lima tahun terdahulu.

Berdasarkan rekod yang diterbitkan dalam kajian itu, sebanyak 24,317 buku diterbitkan dua tahun lalu berbanding sebanyak 18,663 pada (2018); 18,566 (2019); 15,080 (2020) dan 13,655 (2021).

“Daripada penerbitan tahun 2021, industri buku menyumbang sebanyak RM4.9 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ,” menurut kenyataan medianKajian Data Perbukuan Negara yang pertama kali disiapkan KPN melalui Perpustakaan Negara (PNM).

Jumlah penerbitan buku setiap tahun bermula dari 2018 sehingga 2022.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kajian itu diharap akan membantu kerajaan mengemaskini Dasar Buku Negara terutama melalui indikator yang menjadi penanda aras kepada pemain industri, kerajaan dan pengguna.

“Kajian itu juga diharap dapat membantu merangka satu dasar dalam penyediaan bahan bacaan yang diminati oleh rakyat Malaysia.

“Melalui kajian ini, PNM telah menghasilkan Pelan Tindakan bagi Pemerkasaan Industri Buku Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Aaron, antara perkara yang disentuh dalam pelan ini adalah usaha memperluaskan kempen membaca di setiap kementerian dan agensi; menghidupkan kembali Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca dalam kalangan murid sekolah; menambahbaik insentif kepada penulis buku dan meneruskan inisiatif Program Dana Penulis; mempergiatkan penganjuran Pesta Buku Kebangsaan dan Antarabangsa; meningkatkan percetakan buku Braille dan banyak lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button