Berita Semasa

Pencemaran bau, SK Maju Jaya masih ditutup

JOHOR BAHRU – Pencemaran bau disyaki bahan kimia masih berlaku di kawasan Sungai Tebrau, di sini hari ini.

Keadaan itu memaksa Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya yang terletak bersebelahan sungai tersebut, masih ditutup.

Portal Buletin TV3 memaklumkan, tinjauannya mendapati kawasan itu masih dicemari bau berkenaan.

Walaubagaimanapun, bau berkenaan didapati tidak sekuat semalam, berikutan hujan lebat di kawasan berkenaan sejak petang semalam.

Laporan media sebelum ini menyebut, sekolah berkenaan ditutup susulan 21 muridnya mengalami gejala ringan akibat terhidu pencemaran disyaki bahan kimia di kawasan berkenaan.

Difahamkan, murid yang mengalami gejala ringan itu terdiri daripada kumpulan sesi pagi berusia 10 hingga 12 tahun.

Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, penutupan sekolah membabitkan 1,024 murid dan 64 guru dilakukan pukul 1 petahg semalam sehingga tempoh yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan.

Langkah itu diambil bagi membendung masalah lebih serius yang boleh menjejaskan tahap kesihatan murid dan guru.

Show More

Related Articles

Back to top button