PM X

Kadar tol boleh turun jika tiada ketirisan dan rasuah dalam pembangunan lebuhraya – PM

SEREMBAN – Kadar tol berkemungkinan boleh diturunkan jika kos pembangunan lebuhraya dapat dikawal susulan terlalu banyak bayaran yang dikeluarkan untuk proses kelulusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya mengambil perhatian supaya kos pembangunan lebuhraya di negara ini dapat diteliti agar tiada ketirisan berlaku.

“Kalau kos dikawal, tidak ada ketirisan dan rasuah, ada kemungkinan kita turunkan kadar tol. Itu perkara biasa, hukum alam.

“Pengalaman saya dengan UEM dahulu, bagaimana kos itu terpaksa ditingkatkan padahal boleh dikurangkan tetapi kerana terlalu banyak bayaran-bayaran yang telah diberikan untuk dapatkan kelulusan dan ini mesti dihentikan,” katanya.

@malaysiatribune

Kadar tol boleh turun jika tiada ketirisan dan rasuah dalam pembangunan lebuhraya – PM Kadar tol berkemungkinan boleh diturunkan jika kos pembangunan lebuhraya dapat dikawal susulan terlalu banyak bayaran yang dikeluarkan untuk proses kelulusan. #malaysiatribune #pmx #anwaribrahim #tol

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Beliau berkata demikian sebelum menyempurnakan Majlis Perasmian Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, keselesaan kepada rakyat bukan hanya meliputi infrastruktur dan fasiliti berkaitan perumahan sahaja tetapi juga terkait lebuhraya demi kemudahan pengguna sewaktu ke destinasi masing-masing.

Beliau berkata, Kerajaan Madani bertekad untuk memastikan kepentingan rakyat termasuk hal keselesaan diutamakan ketika menggunakan fasiliti yang ada di lebuhraya.

“Saya percaya, R&R Seremban Arah Selatan ini yang mengaplikasikan konsep pembangunan lestari (hijau) menggunakan tenaga suria (solar) dan ‘rainwater harvesting’, dijangka dapat menjimatkan penggunaan elektrik dan air hatta memanfaatkan pengguna dan juga pihak pengoperasiaan,” katanya.

Selesai ucapan, Perdana Menteri beramah mesra menyantuni pengunjung, peniaga dan staf operasi R&R selain melihat sendiri surau yang disediakan untuk kemudahan termasuk solat Jumaat selepas mendapat kelulusan pihak berwajib kelak.

Show More

Related Articles

Back to top button