Berita SemasaPM X

Kerajaan dalam usaha selamatkan Malaysia Airlines -PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan dalam usaha memulihkan semula reputasi syarikat Malaysia Airlines (MAS) yang kini berdepan dengan cabaran operasi supaya dapat kembali bangkit menjadi syarikat penerbangan negara yang unggul.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sudah memulakan usaha menyelamatkan syarikat itu dengan apa juga cara yang mungkin walaupun akan mengambil masa yang panjang.

Bahkan katanya, langkah pemulihan MAS menjadi topik wajib yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada setiap minggu.

“Khazah (Khazanah Nasional Berhad) bersama Lembaga Pengarah MAS dan kerajaan komited untuk mengangkat semula (prestasi MAS) dengan apa cara yang munasabah.

“Usaha memulihkan telah dimulakan tetapi ia mengambil masa, kerajaan hampir tiap-tiap minggu (dalam Mesyuarat Jemaah Menteri), kita bicarakan untuk selamatkan (MAS),” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-30 Khazanah Nasional di Mitec, di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Khazanah berkata, kemerosotan prestasi MAS berpunca daripada campur tangan dan keputusan politik pada pentadbiran yang lalu sehingga membuka ruang kepada masalah pengurusan.

Show More

Related Articles

Back to top button