Luar Negara

Durov disiasat di hadapan hakim

PARIS – Pengasas Telegram, Pavel Durov, telah dibawa ke hadapan seorang hakim penyiasat untuk disoal siasat susulan penahanannya di Perancis hujung minggu lepas.

Menurut agensi berita Jerman (dpa) yang memetik maklumat daripada pendakwa raya Paris, prosiding rasmi yang mungkin membawa kepada perbicaraan jenayah boleh dilancarkan terhadap Durov jika penyiasat percaya terdapat bukti yang mencukupi, selepas sesi soal siasat tersebut.

Penahanan Durov, yang dikehendaki di Perancis selepas tiba di Lapangan Terbang Le Bourget, Paris pada Sabtu dari Azerbaijan, dilaporkan dilanjutkan pada Ahad malam.

Penahanannya berlaku di tengah-tengah siasatan awal mengenai kekurangan kerjasama Telegram dengan pihak penguat kuasa undang-undang berhubung kesalahan pengedaran dadah, penipuan, dan kesalahan berkaitan penderaan kanak-kanak di platform media sosial itu, menurut media tempatan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas penahanan Durov, Telegram berkata perkhidmatan pesanan dalam taliannya mematuhi undang-undang Kesatuan Eropah (EU) dan tidak melanggar sebarang peraturan.

Show More

Related Articles

Back to top button